RESEPI AYAM MASAK BALI PALING BEST

/
0 Comments
Hello Alls,

Ramai pulak yang pm me minta resepi Ayam Masak Bali once I share in Facebook the other day.  Actually me masak tak ada lah sedap sangat..huhu.  Tapi boleh lah anak-anak dan en suami makan sendiri.  


BAHAN BAHAN
1/2 ekor ayam size sederhana, potong lah ikut suka - cuci bersih dan toskan
1 sudu teh serbuk kunyit
3/4 sudu teh garam buluh (ini specialnya garam buluh ni, tak perlu pakai banyak) - (disatukan dengan kunyit dan ayam, gaul rata dan perap sekejap)
8 batang serai di ketuk
6 pelepah daun kari
1/3 cawan cili kisar
1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN BAHAN RACIK HALUS (B)
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA
  • Goreng ayam tadi sehingga masak, tapi jangan sampai sampai garing.  (Kita goreng dengan api yang sederhana dalam kira-kira 15 minit sambil dibalik-balik, kemudian angkat dan toskan minyak)
  • Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak.  
  • Tumis serai sehingga harum, masukkan daun kari dan biarkan sekejap. 
  • Masukkan bahan B. Goreng sampai layu semua bahan B.
  • Masukkan cili kisar dan goreng sampai naik minyak.  
  • Bila sudah naik minyak masukkan kicap, gula, garam (sedikit sahaja).  Gaul rata dan masukan ayam yang sudah digoreng tadi.  Balik-balikkan ayam sehingga semuanya mesra.  Rasa dulu, jika semuanya ok, bolehlah padamkan api.  Hidangkan bersama nasi panas bersama lauk-lauk lain.  Memang meletop bak ang..

Selamat mencuba uolls...





Xoxo,



You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.