PUISI RAKYAT MARHAEN

/
0 Comments
Salam Readers,

2016
Tahun kelam bagi kami rakyat marhaen.  
Sungguh kami tidak tahu samada kami masih bernafas di bumi ini atau tidak?
Kami juga tidak tahu samada anak-anak yang kami kasihi masih berpijak di bumi ini?

2015
Kami tinggalkan kisah suka dan duka
Banyak memberi kami pengajaran yang sempurna
Buat kami lebih mengenali siapa sebenarnya kalian

2016
Sekali lagi kami terpaksa mengikat perut
Apabila stress sudah tidak dapat dibendung lagi
Maka, ramailah ibu bapa tidak lagi dapat menjadi pelindung anak-anak 
Saban hari, di dada akhbar kisah-kisah tragis yang menjadi igauan

Kerana
Kerana ramai yang sudah tidak dapat membendung emosi
Kerana ramai yang sudah tidak tertahan lagi
Kerana kesempitan kewangan
Kerana kesempitan kasih sayang 
Kerana kesempitan nilai-nilai murni

Apa lagi yang kalian mahu kami lakukan
Berkerja 24 jam sehari semalam?
Meninggalkan anak-anak terbiar di pelukan awan
Melalui jalan-jalan kelam  
Yang sering di himpit kedukaan

Atau kalian 
Mahukan kami berjalan kaki ke kantoran?
Mahukan kami membuang makanan ruji?
Mahukan kami tidak berbelanja walau secara sederhana?
Atau..
Mahukan kami mengambil nyawa sendiri?

Berilah..
Berilah alasan demi alasan
Yang membuatkan kami semakin membenci
Yang membuatkan kami semakin menjauh diri

Oh, iya
Kalian punya kuasa
Kalian punya wang ringgit
Kalian punya pangkat

Tidak mengapa
Kami akan lakukan apa yang harus kami lakukan
KERJA KERAS
Tanpa perlu kami hirau kan kebajikan kami sendiri
Tanpa perlu kami ambil tahu apa kehendak anak-anak yang kami kasihi
Kami berkerja bukan untuk siapa-siapa
Tapi untuk kami membayar
GST
TOLL
ELECTRIC
AIR
TAMBANG KENDERAAN
DAN TENTUNYA
KEPADA KALIAN...

Nukilan,


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.