FREQUENTYLY ASKED QUESTION (FAQ) ON PREMIUM BEAUTIFUL - PART II

/
0 Comments
Assalammualaikum readers,

Today me nak share lagi tentang FAQ on Premium Beautiful part II.  Part I boleh rujuk di sini. 


1. Kenapa harga Premium Beautiful mahal?

a) Premium Beautiful ni salah satu cara rawatan alternatif.
Sebab tu PB sedikit mahal dari korset lain. Kalau nak compare dengan rawatan yang lain, lebih mahal.
Contoh: Conceive dengan cara IVF dengan pemakaian PB, mana lebih mahal?

b) produk lifetime warranty, and superbrands, quality tinggi

c) corset custom to body shape – BUKAN KORSET BIASA

2. Susah tak nak jual Premium Beautiful?

Tidak susah langsung. Selagi ada perempuan dalam dunia ini, selagi tu Premium Beautiful senang dijual. Perempuan mana yang tida pakai bra kan? Bra yang ada dijual diluar sana hanya boleh menampung, pun belum tentu boleh tampung sepenuhnya dengan baik, tapi Premium Beautiful ni ibarat 1 stop center. Dengan Premium Beautiful kita dapat cantik & kita dapat sihat, segar & berkeyakinan tinggi.

3. Berapa lama untuk dapat kesan selepas pakai Premium Beautiful?

Premium Beautiful berfungsi ikut kadar metabolisma seseorang. Ada orang dapat kesan cepat, ada yang lambat. Tapi apa yang penting, cara pemakaian kena betul. MESTI pakai Premium Beautiful minimum selama 8 jam sehari. Dan pemakaian kenalah konsisten. Baru boleh dapat hasil.

4. Betul ke Premium Beautiful boleh merawat penyakit?

Premium Beautiful tidak boleh merawat sepenuhnya tetapi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Contoh: Irregular period flow. Jumpa gynae, makan ubat dan kesannya apabila period macam tumpah darah. Sangat susah nak stop & lama. Pemakaian Premium Beautiful membantu melancarkan peredaran darah dengan bermula dari memecahkan molekul lemak dalam salur darah.

5. Ramai penjual Premium Beautiful tidak kurus pun, semangat jer?

Pakai Premium Beautiful bukan soal kecil atau besar. Tetapi, yang mana kecil nampak terbentuk, yang mana besar nampak ekslusif.

6. Berapa harga Premium Beautiful?

Premium beautiful adalah custom made corset. Perlu ukur dulu kemudian baru boleh beritahu harga berdasarkan ukuran yang diambil.  Boleh juga refer di sini. 

7. Pakai Premium Beautiful panas atau tidak? Ada gatal-gatal atau tidak?

Pemakaian Premium Beautiful tidak panas, kerana material Premium Beautiful adalah sangat selesa. Boleh exercise sambil pakai Premium Beautiful. Sangat selesa & kesan untuk kurus lebih cepat. Tidak gatal, tapi kalau dah gatal, toksin dah cukup banyak terkumpul dalam Premium Beautiful. Solution? Basuh saja corset anda.

8. Kenapa ada orang pakai Premium Beautiful tidak kurus pun?

Tanya balik kawan yang pakai Premium Beautiful itu, bagaimana cara pemakaian dia? Ramai yang boleh kurus, kenapa dia tidak kurus? Cukup tak pakai minimu 8 jam sehari setiap hari & minum air hidup secukupnya tak?

9. Saya dah pakai Premium Beautiful sebulan, berat tidak turun tapi inci banyak berkurangan.

Kita tak boleh expect lemak yang kita simpan selama ini akan hilang sekelip mata. Kalau disiplin pakai Premium Beautiful ikut cara yang betul, badan kita akan terbentuk ikut shape set Premium Beautiful (ibarat tanah dalam pasu bunga).

10. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?

Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.

11. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?

Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.

12. Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?

Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin.

Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.

13. Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?

Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.

14. Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?

Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.

15. Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?

Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.

16. Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? 

Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?

Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.

17. Bilakah Long Brassiere Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk memakainya?

Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari. Apabila bentuk badan sudah dikekalkan, anda boleh memakai Long Brassiere Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet, skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun, sekiranya anda tidak dapat memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari, anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.

18. Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?

Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar, maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.

19. Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?

Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.

20. Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?

Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, cara pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. Tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah.

Cara pemakaian long girdle yang tepat adalah seperti berikut:
Pakaikan seluar dalam.
Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.

Ingat! Sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girdle, ini bermakna ia terlalu ketat. 

Sila lihat semula long girdle anda.  

Xoxo,

Sampai bertemu lagi.


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.