RESEPI DONUT ALA BIG APPLE ATAU JCO

/
0 Comments

Hello, 

How's your raya? me nak share 1 resepi sebab semalam baru buat.  Boring2 asyik makan kuih raya je kan. Anak-anak pun asyik berwirid nakkan donut..hehe.  Ini me share 1 resepi donut lembut ala-ala Big Apple ataupun JCO.  Do share ya...
  
Bahan-bahan

500gm Tepung Roti
100gm Mentega
10gm Mauripan Yis Segera
200gm Gula Pasir
3 Biji Telur Ayam
200ml Air Suam
Sedikit Tepung Gandum *di buat sebagai taburan untuk menguli


Cara Membuatnya
  • Yis dicampurkan dengan air suam dan di kacau hingga larut
  • Tepung di ayak untuk membuang hampas2 * kalau ada 
  • Campurkan kesemua bahan di atas sehingga tidak lagi melekit di tangan
  • Biarkan sekejap dan letakkan tuala basah di atas pengadun tadi
  • Biarkan adunan tersebut kembang sehingga 2x ganda
  • Uli semula dan boleh di terapkan dengan acuan donut
  • Goreng donut-donut tersebut sehingga kekuningan
  • Biarkan sejuk dan boleh di saluti dengan kehendak masing-masing (boleh salut coklat atau pun gula, atau pun nak buat donut sambal) wink..wink..  yang penting ikut suka hati ampalah...
Okies, semoga resepi ini bermanfaat.  Lovely,
 


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.