RESEPI RENDANG PUCUK PAKU NEGERI SEMBILAN

/
0 Comments
Hello,

1st time nak buat entry resepi.  hehe.  Semoga bermanfaat.  

Marilah kita.  

Bahan-bahannya
  • 2 kilo pucuk paku (hanya Pucuk Paku Sungai atau Paku Pinang)
  • 20 tangkai cili padi 
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • Segenggam Ikan Bilis
  • 3 keping asam gelugur
  • Pati santan dari 2 biji kelapa
  • Garam secukup rasa
Cara-cara menyediakan
  1. Tumbuk cili padi/kunyit hidup dan bawang kecil sehingga lumat.  Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali.
  2. Masukkan ikan bilis, asam gelugur dan sedikit garam.  Sila berhati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa.
  3. Masak sehingga terbit minyak di atas api yang sederhana.
  4. Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau sehingga warna rengan menjadi hijau lumut.
  5. Rendang boleh tahan sehingga 3-hari kalau betul-betul kering.  
Pucuk Paku Sungai beralainan dengan Pucuk Paku biasa yang terdapat di pasar.  Daunnya lebih lebar.  

Sila abaikan kuali  yang mempunyai garisan-garisan halus itu..huhu

Tempting???  Tutup mulut tu kak...

Siap. Boleh di hidang dengan nasi panas.


Ok. Darl.  Nanti uolls tengok me akan selalu update dengan resepi-resepi terbaru.  Sila jangan jemu..hehe




You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.