PETUA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

/
0 Comments
Assalamualaikum readers,Ramai wanita yang selepas bersalin dan berpantang mengeluh kerana masalah berat badan yang melanda.





Bukan setakat berat badan saja yang naik, malah perut juga menjadi buncit,menggeleber dan berselulit selepas bersalin. Situasi ini pasti menekan dan keinginan untuk kurus dan kembali kepada bentuk asal selepas bersalin tentunya membuak-buak.


Bagi anda yang mencari-cari petua untuk kempiskan perut selepas bersalin, pastikan baca sampai habis petua yang dikongsikan di bawah.  Sharing is caring rite...


Kenapa wanita mengalami masalah perut buncit, menggeleber dan berselulit selepas bersalin?


Sebenarnya, keadaan perut buncit,menggeleber dan berselulit selepas bersalin adalah disebabkan oleh diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.


Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda selepas bersalin. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut sekaligus menyebabkan perut anda nampak buncit.


Malah sebanyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas di mana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya.


Selain itu,punca terjadinya stretch marks ini adalah disebabkan peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung yang melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya.


Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin


Petua 1


Ambil sebiji limau nipis yang diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada perut, dan biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Ramuan ini akan menimbulkan rasa gatal jika disapu, namun hasilnya amat memuaskan. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.


Petua 2


Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit dan kisar. Tampalkan kesemua bahan tersebut pada perut dan bengkung perut ketika dalam tempoh berpantang.


Petua 3

Ambil sedikit beras dan kisarkan sehingga halus. Kemudian adunkan bersama sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam. Tapiskan dan minum. Amalkan petua ini seminggu 4 kali.

Petua 4

Kisar atau tumbuk halia bersama sebiji limau nipis besar,sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam. Kemudian,gaulkan,tapis dan minumlah airnya.

Petua 5

Campurkan asam jawa, jadam bersama air mendidih. Tampal pada perut dan bengkungkan sepanjang tempoh berpantang.

Petua 6

Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk sehingga menjadi halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Malah,wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 7

Daun jambu serta kapur sirih digiling bersama lalu disapu pada perut setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8

Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus dan campurkan dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka yang telah dicampurkan air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati,sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung dengan ketat.


Petua 9

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak tidak akan diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Petua 10

Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan bahan-bahan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak hasilnya.

Petua 11

Bancuh sedikit asam jawa bersama segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Pada keesokkan paginya,minumlah air tersebut sebelum membasuh muka.

Petua 12

Amalkan makan 1 biji tomato yang tidak begitu ranum dan saiz yang sederhana besar setiap hari.

Petua 13

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk,sapukan minyak kelapa itu pada perut anda dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Petua 14

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut anda sebelum memakai bengkung.

Petua 15

Ambilkan beberapa biji buah delima,kemudian kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering,rebuskan buah delima tersebut dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.

Petua 16

Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu perlu ditumbuk halus. Kemudian masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.


Petua 17

Petua ini sangat mudah untuk dilakukan dan kesannya adalah menakjubkan kepada perut anda. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Anda juga diingatkan supaya jangan mengamalkan minum air berair sekiranya ingin kempiskan perut selepas bersalin.

Petua 18

Nak lagi? ni ha jom visit.  Premium Beautiful.

Kesimpulan

Pastinya dengan petua ini akan mengembalikan semangat anda untuk tampil cantik untuk diri sendiri dan suami tercinta. Anda harus tekad dan tidak boleh sekadar hangat-hangat taik ayam jika inginkan hasil yang menakjubkan.


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.