ROTAN ABAH

/
0 Comments
Assalamualaikum Readers,

Semoga anda semua semakin berjaya walau apapun yang anda lakukan..

Hari ini me nak bercerita tentang ROTAN.  Yes, ROTAN.  Kan ke sekarang ni tengah kes hawt pasal Rotan...Ada mak menteri katanya,

"Rotan anak bakal di jadikan kes jenayah"


Well, for me ada pro and cons dalam kes ini..

Dulu-dulu, me selalu sangat kena rotan dengan my Abah.  Tak cukup dengan rotan, dengan getah paip ada, dengan gergaji besi ada, dengan hanger memang confirm lagi banyak.  But I take it positively.  Kerana semua itu me ni jadi manusia.  Sakit woo.. serik memang serik.  Sebab tu kalau dulu nak buat menda tak elok, me akan pikir banyak-banyak kali.  Masa tu bukan tau sangat tentang dosa pahala.  Yang ada dalam kepala "takut kena rotan".  Than, slowly my Abah thought us about dosa pahala.  Which is right, which is wrong.  Also, to be honest.. kalau tak ada 2 perkara yang my Abah thought me, memang tak tau jadi apa sekarang.   
Alhamdulillah and thank you to Abah.

Bila kita tengok balik, apa yang baiknya tentang merotan anak?
Itulah, yang me dok cerita tadi.  Tetapi merotan ada caranya juga.  Jangan main hentam saja.  Ini di antara syarat-syarat untuk merotan anak. 

Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : 

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan

2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu mara yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak

4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.

5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini


As a kesimpulannya, my Abah style mungkin ada silap di situ sini, tetapi dengan rotan lah dapat mendidik me sampai sekarang.  Of course, my abah tak ada lah belajah tentang physology tapi apa yang kita bole buat is, try to apply "merotan secara berhemah" githu.

Before end, lets view short video about ROTAN directed by Sir Saiful Nang.  


Okies, love.  See u again.


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.