TIPS MEMILIH MINYAK ZAITUN

/
0 Comments
Hello readers,

Semoga semuanya sihat dan berjaya. 

Today kita nak cerita tentang tips-tips memilih minyak zaitun.  Eh, kenapa tetiba nak cerita tentang minyak zaitun??

Sebenarnya me tengah memilih dan melihat tentang kebaikan minyak zaitun ni.  This is for my doughter, Madina.  Sebab Madina, me tengok seperti ada masalah rambut, dia macam botak sikit di bahagian depan kepalanya.  Rambut adalah sangat kurang. Githu.  Tak tahulah pulak kalau besar nanti kot lain jadinya.  So, salah satu ikhtiar me adalah memberinya minyak zaitun. 

So, next entry me akan cerita tentang kabaikannya pulak.  As for now, kita nak kenal dulu dengan minyak zaitun ni.  

Picture from Google

Tips-tips memilih minyak zaitun:

Minyak zaitun diproses hasil dari pemerahan biji zaitun. Gred minyak zaitun ditentukan melalui kaedah pemprosesannya.

Jenis-jenis: 
Picture from Google
Minyak Zaitun Extra Virgin - mengandungi minyak perahan pertama dari biji zaitun. Kualitinya adalah paling tinggi kerana ia melalui kaedah pemprosesan yang paling kurang tanpa penggunaan suhu tinggi mahupun bahan kimia. Jenis ini juga merupakan jenis yang mempunyai kualiti yang paling tinggi.

Minyak Zaitun Virgin - didapati hasil dari perahan kedua biji zaitun. Ia melalui kaedah pemprosesan yang lebih banyak dan rasa serta aromanya lebih rendah berbanding Minyak Zaitun Extra Virgin.

Minyak Zaitun Tulin - Kaedah pemprosesan yang lebih panjang. Kualitinya adalah rendah dan melalui proses pembersihan seterusnya dari Minyak Zaitun Virgin. Mempunyai rasa minyak zaitun yang kurang.

Minyak Zaitun Light - Kaedah pemproses yang paling panjang dan hanya mempunyai sedikit sahaja rasa dan warna zaitun asli. Minyak zaitun yang paling rendah kualitinya.

** Jadi untuk memilh minyak zaitun pilihlah yang ada tulis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’. Minyak zaitun jenis ini adalah yang berkualiti dan paling baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi, satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. 


Ok. Marilah kita google pulak kat mana ada jual all these minyak zaitun.

Xoxo,




You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.