PRAY FOR PANTAI TIMUR

/
0 Comments
Dia datang lagi.
Kali ini lebih parah, payah.  Ya Allah semoga mereka-mereka ini di lindungi.


Me masih ingat pada tahun 2010 kalau tak silap.  Me pernah juga melalui kawasan banjir ni. Masa tu shopping barang kahwin kat Kelantan (punyalah jauh..huhu).  Kami pergi 2 kereta. Dan masa tu my niece si Wani baru berusia 3 bulan.  Sekaligus pergi melawat rumah mertua kepada my sister yang berada di Tanah Merah, Kelantan.

On the way nak balik melalui jalan Merapuh, tetiba kereta semua dah tak begerak.  Semua stuck kat situ.  Kami ingatkan sekejap rupanya sepanjang malam. Nak berpatah balik, air pun dah naik kat belah belakang juga depan.  So stranded kat situ jadi macam pulau.  Ke depan dan ke belakang pun dah tak boleh.  Memang haru sungguh.  Bayangkan dengan makanan tak ada, dengan ada baby lagi.

Sampailah next morning.  Baru bantuan dari pihak bomba datang.  So, merasalah kita orang ni naik bot jadi mangsa banjir hokay.  Tapi masa tu mana ada henpon canggih2 nak ambil gambau semua. Bila sampai kat seberang, adalah seorang hamba Allah ni terlihat kami dengan baby bagai.  Dia pun mengajak kami sekeluarga bermalam di rumah beliau kerana ada baby katanya.  Kalau tidak kami semua terpaksa bermalam di dewan.  Punyalah baik hati nya Pak Cik tu.  Sesampai kami di rumah beliau, habis di jamu dengan pelbagai makanan.  Makanan kampung kan, mesti la enak2.  hehe

Based on my own experience, memang susah sebenarnya bila kita dalam keadaan sedemikian.  So pada mangsa-mangsa banjir di harap kalian tabah dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.  Bayangkan to those yang ada anak-anak kecil, warga emas.  MasyaAllah... tak tergambar dengan fikiran.  

Syukurlah kita yang masih berada di tempat yang belum pernah banjir.  Akan datang kita tak tahu.  So setiap saat, harus kita bersyukur.  

To pasangan yang membantu kami ketika itu, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian.  Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa kalian terhadap kami sekeluarga.   Ameen.






You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.