SUSAHNYA NAK JUAL PREMIUM BEAUTIFUL!!

/
0 Comments
Hari ni me nak share tentang entry yg agak rare..
Its about business what I am doing rite now.
Ada some feedback yang me dapat, adalah:

SUSAHNYA NAK JUAL PREMIUM BEAUTIFUL...


Ok dak?
Uolls nak tau kenapa susah?
I will share some of the sebab mudah kenapa susah jual...here u go.

Sebab pertama.  Mudah menyerah kalah

Memang confirm susah nak jual sebab mudah sangat menyerah kalah.  Baru buat business 2 3 hari, tetiba tak ada orang beli.  Acaner tu?  Dah mengamuk sakan dan menyalahkan sistem yang ada.  Tak boleh lah cenggitu.  Tengok contoh Tuan Syed Mokhtar Al-Bukhary.  Beliau memulakan perniaggan sejak pada tahun 1970-an.  Sekarang nama beliau sangat gah.  Adakah beliau menyerah kalah sebelum ini?  Me pasti dalam beliau membangunkan perniagaan beliau pasti ada jatuh dan bangun.  Pasti ada ketika tiada seorangpun yang mempercayainya, terutama di awal kemunculan beliau.  So, nak bina empayar perniaggan bukan sekelip mata dik oi.  Banyak yang perlu dikorbankan.  

Tapi, tapi... to tell u the truth, dalam GLAM memang susah nak jumpa yang mudah menyerah kalah cenggini. Paling lamapun 5 tahun kalau nak mencapai pangkat tertinggi dalam business.  itu dah kira paling lama tu..



Sebab ke-2.  Nak rembat semuanya seorang diri

Ini pun satu lagi.  Semuanya nak rembat sorang diri.  Business ini adalah untuk berkumpulan.  So, memang kurang sesuailah kalau habis semuanya nak sorang-sorang.  Tak mahu bantu partner, tak nak rujuk leader.  Bak kata orang corporate "work in silo".  Memang tak sesuwai tau.  Sifat tolong menolong perlu ada dalam setiap individu dalam business ni..  Githu... the concept is simple, "you only grow when you help others"


Sebab ke-3.  Tiada cita-cita

Tiada cita-cita yang tinggi.  Pun akan susah nak jual.    Orang yang ada cita-cita dia dah tak nampak halangan.  Dia hanya akan nampak impian.  Impian nak settle hutang, impian nak bekalkan simpanan untuk anak-anak, Impian nak bagi kesenangan yang lebih pada parents.  Impian nak bantu jiran, kawan atau sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.   Tak salah kalau kita tanam impian 

"hari ini aku bantu orang susah RM10, esok lusa aku lebih senang mungkin aku boleh bantu dengan RM50"  

Tapi kalau asyik nampak halangan, memang payah.  Bukan payah sikit tapi banyak...



Sebab ke-4.  Manja

Ini pun lagi satu hal, manja sangat.  Semua nak di "spoonfeed".  Semua nak di beri.  Betul, leader akan bantu protege tapi your effortpun kena ada juga.  It is about 2-way communications.  Kalau asyik leader yang memberi tapi no effort dari kita pun payah juga. So dua2 kena memperbaiki hubungan.  


Sebab ke-5. Malas

Ini paling best.  Memang tak kemana la dik.  Nak buat kerja pun malas,  To those yang ada attitude cenggini, memang confirm susah nak berjaya.  Jangan kata dalam business ini tapi semua menda pun payah.  Bayangkan kalau kita nak makan pun malas, agak-agak dapat tak kita nak makan makanan tersebut.  Confirm tak kan.  Business ni pun bukannya scheme cepat kaya.  Kena kerja kuat, kena tabah, jangan cepat melatah.  



Okies, sekian perkongsian dari me.  Semoga kita sentiasa berubah menjadi lebih baik.  Jumpa lagi...


Xoxo,



You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.