BAPUKUNG

/
0 Comments
Assalammualaikum,

Dah lama sangat me nak buat entry ni.  Asyik belum berkesempatan saja.  Lagipun ianya salah satu hajat my late brother.  

Okay, hari ni entry ni lain skit.  This is about my origin githu... me asal orang Banjar.  Tapi tak tau cakap Banjar.  Huhu.  My nenek sebelah my mom, asalnya di Johor (so, kira Banjar Johor la).  Tapi, my nenek sebelah abah, asalnya dari Banjarmasin (tapi tak pernah sampaipun kat sana).  So, my mom and abah berjumpa di Perak, Bukit Merah.  Wah, panjang lebar pulak pengenalan.  hehe.

Sedikit pengenalan Orang Banjar : merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah kalimantan selatan, kecuali di Kabupaten.  Mereka menggunakan bahasa banjar yang pada asalnya adalah bahasa Melayu.  Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya Suku Banjar. 

Sebenarnya, bukan itu yang me nak cerita, tapi...
ada satu budaya atau cara hidup orang banjar ni yang me nak cerita.  

BAPUKUNG
uolls pernah dengar?
confirm tak kan.  Iyanya merupakan salah satu cara menidurkan anak cara orang Banjar.  Sama seperti membuai bayi di dalam buaian.  Cuma caranya mengikat bayi (di bahagian leher) dalam keadaan duduk sambil membuai bayi tersebut.  So, kalau bayi-bayi yang agak meragam, kuat nangis tu, buat macam ni.  Confirm dia boleh tidur dengan tenang.  Napa? tak percaya? Cer uolls buat.  Nanti update me.  

Cuma, sedikit peringatan mesra, kalau uolls nak buat menda ni, pastikan uolls sudah berpengalaman dan pastikan bayi uolls sudah boleh tegakkan badan mereka.  Ianya, tidak sesuai untuk bayi yang berumur bawah 4 bulan.  Dan lagi, pastikan pengikat di leher adalah dari kain batik or kain pelikat.  Ianya adalah kerana, kain tersebut lebih kesat supaya tidak licin.




Madina jadi model

Anak me sendiri, Madina jadi model

Picture from Google
Kalau orang yang tak tau, mesti uolls rasa macam budak ni kena dera jer.  Tapi my mom dah buat ni pada semua cucu dan anak dia, so far okaylah. Alhamdulillah belum lagi ada kejadian yang tidak diingini berlaku.  And also, don't worry, cara ini merupakan adapted from baby's position masa baby berada dalam kandungan.  Bila baby diikat dengan kejap, baby akan rasa comfortable seperti dipeluk.  Lagipun posisi ini boleh mengelakkan baby dari tersedak susu.  

Okay.  See uolls later.  

P.S: Sebagai memenuhi kehendak my late brother yang nak sangat tengok kami adik beradik bangga dengan asal usul kami iaitu Banjar ni.  So dia ada mentioned nak sangat ada complete cerita tentang Bapukung ni.  Oleh itu, me abadikan dulu dalam blog ini.  Nanti me buat research lagi ya..






You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.