DANGUE SHOCK SYNDROME WITH ORGAN FAILURE

/
1 Comments
Assalammualaikum,

Entry kali ini agak emotional sedikit.  Title entry ini merupakan penyebab kami kehilangan abang sulung kami. 

Pada saat ini, sukar untuk diluahkan rasa hati.  Terlalu sedih dengan pemergian arwah abang sulung kami.  

Beliau merupakan satu-satunya lelaki dalam 8 adik beradik.
Arwah terlalu rapat dengan my mom.  Kalau my mom mahu kemana-mana,  pasti dia yang selalu bawak.  Dengan dialah tempat my mom bergantung. 

Sudah ajalnya, pada 5 May beliau dimasukkan kedalam ward kerana dangue.  Kami ingat cuma dangue biasa.  Malang tidak berbau kerana hari rabu dia dimasukan ke wad ICU kerana kesukaran pernafasan  Hari khamis, keadaanya semakin kritikal.  Hari Jumaat, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan semua adik beradik, mak, abah, isteri dan anaknya. 

Kami tidak mampu melawan takdir yang telah ditetapkan olehNya.  Hanya mampu mengiringi dengan doa.  Benarlah, tidak dipercepat atau dilambatkan walau sesaat. 

Sewaktu, nazaknya, kami melihat ada esak tangis di dadanya.  Beliau memang nak sangat melihat kami adik beradik berkumpul seperti itu.  Syukur, hajat beliau terlaksana jua. 

Hari ahad, 4 May baru sahaja dia create group whatsapp untuk ahli keluarga Abas (my atuk). Ada yang tersirat rupanya, dia melakukan semua itu.

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung kepada semua yang terlibat menguruskan arwah Along.  

Along, damai dan tenanglah Along di sana.  Kami akan ingat kebaikkan Along dunia dan akhirat.  Hanya Alfatihah dan Doa yang tidak putus untuk bekalan Along di sana.  Kami pasti akan mengikuti Along jua. Tears....

Assalam,
Marjiana Sani

Posted via Blogaway


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.