MH370

/
0 Comments
March 8, 2014
Ke mana menghilang? Gambar dari Google
Malaysia telah digemparkan dengan kehilangan pesawat boeing 777-200 MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.  Berikut adalah *sebahagian dari kronologi kejadian yang berlaku pada tarikh tersebut:

12.41am : Pernerbangan MAS MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  Boeing 777-200 itu membawa 239 orang penumpang, termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal.  38 daripadanya merupakan rakyat MALAYSIA.

2.40am :  Menurut MAS penerbanan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawawan Udara Subang pada jam 2.40am di ruang udara Vietnam.  Pesawat itu belum lagi memasuki ruang udara yang di kawal oleh China and tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China.

6.40am : Dijangka tiba di Beijing, China

10.15am : Laporan palsu tentang MH370 membuat pendaratan cemas di Nanning, China. Didedahkan sebagai maklumat palsu. 

12.00pm : Dalam satu sidang akhbar di Sepang, MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 terdiri daripada 14-buah negara yang berbeza.

Senarai penumpang terdiri dari 153 warga China, 38 Malaysia, 12 Indonesia, 6 Australia, 3 Perancis, 4 Amerika, 2 Ukraine, New Zealand, Kanada, Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria masing-masing 1. Penerbangan ini merupakan penerbangan perkongsian dengan China Southern Airlines. 

12.30pm : MAS berkata kali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Bharu di Laut China Selatan.  

1.10pm : Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang 
berkatian dengan kehilangan penerbangan MH370.

2.00pm : Senarai penumpang semua penerbangan MH370 didedahkan kepada umum.  

4.00pm : MAS meminta dua dari ahli keluarga terdekat mangsa berada di KLIA pada pukul 6.00pm 

*bukan keseluruhan kronologi

Sehingga kini - March 13, 2014. Pesawat MH370 masih belum ditemui.  Semua masih buntu. Marilah sama kita berdoa demi keselamatan penumpang dan krew pesawat boeing 777-200. 

Gambar sebahagian dari mangsa MH370 - Picture dari Google
Inilah harapan rakyat Malaysia.  Picture from Google
  
Wartawan menemubual salah seorang keluarga mangsa.  Gambar dari Google

Kesedihan yang tidak dibendung. Gambar dari Google.

Keadaan di China. Gambar dari Google

Gambar dari Google
Sekian,

Marjiana Sani


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.