Puasa dan Adib

/
1 Comments
Salam readers,

Adib with his 'bola' team

Tahun 2013 merupakan tahun ke-3 Adib berpuasa. Alhamdulillah, puasanya semakin tahun semakin baik.  Cuma tak tahu kenapa tahun ini Adib seolah-olah malas bangun sahur.  Sudah masuk 2 minggu ramadhan, Adib sudah 3 kali cukai untuk bangun. 

Ada gaya menjadi seorang ustad?
 Moga-moga menjadi anak yang soleh
Alasannya.

"Abang sekolah jauh, abang penat, ngantuk. Abang larat je puasa walau tak bangun sahur".  

Puas me and hubby pujuk, namum pujukan hanya tinggal pujukan. Even we know ini bukanlah perkara yang baik untuk di teruskan. Tetapi Adib tetap begitu.  Bila di tanya, samada dia larat atau tidak untuk puasa? jawabnya ringkas "larat".

Hmmm, itulah Adib.  Selalu saja menyembunyikan perasaannya yang sebenar.  Sedari kecil dia begitu. Walaupun kami memang tahu perasaan sebenar Adib.  Dia seorang anak yang mudah di jaga.  I feel blessed to have him.

Dari kecil, dia jarang bangun tidur malam.  Seawal 3 bulan, dia sudah tahu bagaimana membuka sendiri susu botol yang kami letakkan di sebelahnya.  Tanpa merengek, minta di buka. Adib akan lakukannya sendiri.  Dia akan tidur, di mana sahaja tanpa soal.  Walau hanya di atas lantai simen.  Entah kenapa, dia sangat tabah dan pandai membawa diri. 

Kami tidak pernah memaksa dia untuk puasa.  Dia rasa segan dengan sepupunya yang kebanyakannya memang berpuasa.  Kadang-kadang kesian juga, tengok bibirnya mengelupas kerana kurang minum air.  Tapi, memang dia tabah.  Ummi sangat bangga dengan Adib.

Oh ya, ramai yang tanya..macam mana me and hubby boleh dapat Adib.  Nanti suatu hari, me akan cerita semuanya..so, kenalah tunggu.


Till we meet again, love.




You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.