Bila Hati Telah Lelah

/
0 Comments
Salam to all readers,
 

Buat kawanku yang terasa lelah. Buat teman yang terasa lemah. Buat kawan yang sungguh terhad masanya (buat diri sendiri sebenarnya). Kuatkan semangat, tabahkan hati.

Kehidupan bererti hidup. Hidup terus bergerak. Terus melangkah. Andai tidak terus melangkah, kita akan ketinggalan. Ketinggalan dalam melakukan amal kebaikan. Amal kebaikan untuk bekalan di alam fana.

Jika penat melangkah dengan kaki. Kaki rasa lemah. Kaki rasa goyah. Kaki macam nak patah dan tak mampu menapak lagi. Menapaklah dengan hati. Hati yang berjiwa besar. Hati yang penuh harapan. Hati yang yakin pada nama-nama Allah. Hati yang sentiasa disucikan. Hati-hati.

Jangan takut `melaksanakan` komitmen. Komitmen bukan pilihan tetapi satu tanggungjawab. Jika bukan kita siapa? Jika tidak sekarang bila?  Jika beri alasan, dimanakah kita? Alasan di depan Allah apa pula?

Oh ya, usia masing-masing menginjak dewasa. Matangkan diri. Sediakan diri. Saat genting membuat keputusan berat dalam kehidupan. Kehidupan sementara. Moga setiap keputusan membawa kepadaNya dalam kehidupan kekal kelak.

Bila kaki penat melangkah. Allah tahu, malaikat mencatat. Walau langkah kita perlahan. Walau langkah kita lemah. Langkah yang lesu. Walau melangkah dengan kaki yang kudung. Tetap melangkah. Langkah menuju Allah.
Telapak kaki seseorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka - Hadis riwayat Bukhari
Fikiran teringat pada sahabat-sahabat yang lelah dan terus berusaha. Mereka bertebaran dimuka bumi Allah ini. Anda tahu siapa anda. Andalah yang saya maksudkan. Yang lelah itu. Yang penat dan sungguh sibuk. Yang terasa terhad masanya. Yang terasa macam-macam perlu dilakukan. Ya Anda! Teruskan melangkah ye. Semoga langkah kita diterima olehNya. Amin.

Regards,
Marjiana Sani
013-2547071


You may also like

Post a Comment
copyright by www.marjianasani.com. Powered by Blogger.